Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

Bila Kantoii...

Part paling boring dan paling dibenci adalah kantoii.. sape yang tak pernah kantoi.. confirm memang super superb la, tabik spring pada diri anda, aku percaya majoriti ramai yang kantoi.. kantoii bukanlah pokoknya yang aku nak highlightkan  tapi utamanya adalah bagaimana cara anda menghadapi kekantoiian ini??

Monday, May 20, 2013

Mencari Kekuatan Jiwa

Sekian lama aku menyepi dan merajuk dengan badan aku sendiri, Hari ini aku tekad untuk kembali aktif. Aku cari semangat dan kekuatan itu sudah tentulah dengan solat kerna itulah remedi paling mujarab untuk membina kekuatan dalaman.

Seterusnya aku mulakan dengan berpuasa, memang sangat sukar untuk pisahkan dari ini dengan kebiasaan makan..makan dan makan.. Tapi tanpa kekuatan dalaman iaitu mindset, payah sebenarnya.. Hari pertama puasa aku telah pun merancang menu dari awal agar aku tidak terbabas ketika berbuka nanti .. menu pertama aku adalah Ayam Panggang + Timun + Kailan Goreng dan Air Suam.

Kemudian aku berpuasa sampai lah ke hari keempat. Alhamdulillah.. terlaksana namun ada tika aku tersasar juga dari landasan, syukurlah tidak terlajak jauh.

Langkah yang seterusnya aku menyertai sukan Bokwa yang kebetulan dianjurkan oleh Puspanita disaat aku mencari dahan yang diadakan di dewan ukur.
Fuh!! boleh tahan.. pada aku Bokwa is so fun and i fall in love for it.. walau pun banyak step api unuk permulaan diajar basic step i
1) one to one
 2) L
3) L shape
4) L walk
5) L to the left
6) C


Tuesday, May 14, 2013

Stress Terlampau


Tak perlu stress ketika berdiet, kita cuma perlu NIKMATI DIET tersebut…!! ;)
Jangan anggap diet ini menyusahkan dan kita lakukan ia hanya untuk kurus semata-mata tapi anggap laa ia sebagai SATU PERUBAHAN dalam corak pemakanan kita seharian yang selama ini kurang baik menjadi lebih sihat..! 
Rasanya dah bertahun-tahun kita asyik makan, makan & makan tanpa memikirkan adakah makanan yang dimakan selama ini benar-benar menyihatkan atau tidak, perlu atau tidak sebenarnya makanan tersebut untuk keperluan badan kita.
Jadi apa laa salahnya bermula hari ini kita TAKE ACTION dengan mengubah cara & corak pemakanan seharian kepada lebih baik. Kita lakukan bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri jugak bukan..? /:)