Sunday, June 09, 2013

Grill ayam rosemary & thyme

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu kecil serbuk lada hitam-ditumbuk lumat
1 sudu besar herba thyme
1 sudu besar herba rosemary
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Olive oil secukupnya
Mentega secukupnya
Garam secukup rasa

Tuesday, June 04, 2013

Bila Kantoii...

Part paling boring dan paling dibenci adalah kantoii.. sape yang tak pernah kantoi.. confirm memang super superb la, tabik spring pada diri anda, aku percaya majoriti ramai yang kantoi.. kantoii bukanlah pokoknya yang aku nak highlightkan  tapi utamanya adalah bagaimana cara anda menghadapi kekantoiian ini??

Wednesday, May 29, 2013

Sekadar Dadar




Nampak simple jekk.. tp macam2 duk dalam telur dadar tu.. ada bawang merah, bawang putih, isi ayam yang dicincang halus, lada sulah, lada merah dan secubit garam.Kocak telur sampai berbuih.Then goreng dgn minyak banyak untuk hasilkan telur dadar yang ranggup.. then tutup, balik2 kan.. bila dh garing angkat & tos atas tisu dapur.. siap!!! hias dengan daun salad pak choy.. atau tomato cherry.. ngapp!!    

Salad with Ayam Blackpepper


Menu untuk berbuka puasa hari ni, beli ajer, malas nak masak untuk diri sendiri.Ayam black pepper + fresh tamato + daun salad dan air suam. Alhamdulillah cukup lah untuk hari ini. Lagi save budget sebenarnya.. beli ayam seketul RM2.50, then touch-up ler ala atkins.

Salad Telur with Kentang

Menu berbuka lagi.. rebus telur 3 biji , rebus kentang 2 biji, bila dah empuk potong-potong, gaul dengan mayonis + lada hitam berperisa dan lada sulah, tabur sedikit daup sup.soooo simple.. yes aku tau, ubi kentang tak lulus untuk atkins tapi hari ni sengaja ku halalkan untuk perut sendiri.

Salad Ayam



Sup Bayam with Homemade Fishball

Salad Telur

Extra Virgin Olive Oil (EVOO)

Thursday, May 23, 2013

Menu 3 - Ayam Goreng jer


Ayam goreng biasa jer.. perap dengan garam, sebuk kunyit dan cili kering. 
Kalau maalasss.. beli jer ka kedai 2,3 ketul then potong kecik2, kalo mahu
boleh makan dengan timun, salad ke.. tak pun buat salad ayam lagi besttt..


Wednesday, May 22, 2013

First Time Pegi Gym..

Ari ni first time aku pegi gym.. kebetulan ari ada program jom sihat, alang2 terus pegi gym..ini menunjukkan aku makin serius nak capai berat idea aku, semangat tu tiba2 datang bila tengok bermacam peralatan senaman di gimnisium ini, 30 minit aku bertapa diatas treadmill aku berjaya membakar 185 kalori.. cukuplah utk permulaan.. lencun aku bermandi peluh.. memang besttt..esok tekad nk naik lg..ikutkan sebenarnya dah lama aku nk g gym ni, tp rasa malu tu tebal sgt sampaikan aku takde kekuatan nak pegi..tp kali ni..aku malas nak peduli apa lagi kata orang...yg gemuk.. aku jugakkk.. bila kena ejek, yang malu pun aku jugak..tu belum cerita bab rasa rendah diri..merundum beb..kali  ni aku target aku nak turun sampai 64 sehari sblm raye..nk reduce 8 kg dlm 2 bulan..logik x.. kalo turun byk lg besttt.. ingat senang ke nk capai ni?? 

Monday, May 20, 2013

Mencari Kekuatan Jiwa

Sekian lama aku menyepi dan merajuk dengan badan aku sendiri, Hari ini aku tekad untuk kembali aktif. Aku cari semangat dan kekuatan itu sudah tentulah dengan solat kerna itulah remedi paling mujarab untuk membina kekuatan dalaman.

Seterusnya aku mulakan dengan berpuasa, memang sangat sukar untuk pisahkan dari ini dengan kebiasaan makan..makan dan makan.. Tapi tanpa kekuatan dalaman iaitu mindset, payah sebenarnya.. Hari pertama puasa aku telah pun merancang menu dari awal agar aku tidak terbabas ketika berbuka nanti .. menu pertama aku adalah Ayam Panggang + Timun + Kailan Goreng dan Air Suam.

Kemudian aku berpuasa sampai lah ke hari keempat. Alhamdulillah.. terlaksana namun ada tika aku tersasar juga dari landasan, syukurlah tidak terlajak jauh.

Langkah yang seterusnya aku menyertai sukan Bokwa yang kebetulan dianjurkan oleh Puspanita disaat aku mencari dahan yang diadakan di dewan ukur.
Fuh!! boleh tahan.. pada aku Bokwa is so fun and i fall in love for it.. walau pun banyak step api unuk permulaan diajar basic step i
1) one to one
 2) L
3) L shape
4) L walk
5) L to the left
6) C


Sunday, May 19, 2013

peringatan untuk yang sedang induction atkins..

Anda mesti panjangkan tempoh induction jika anda:

• You still have more than 30 pounds to lose. You should stay in Induction for now if . 
• You still have a large amount of weight to lose.
• You’re still struggling with carb cravings
• You’ve not been fully compliant with Induction.
• You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
• Your weight loss is slow and you aren’t physically active.

TERUSKAN INDUCTION...!

Fasa induksi direka untuk :

Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil, seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik. 

Baru Nak Mula

Me with 72 kg at moment 18 Mei 2013

Telur Tembam


Thursday, May 16, 2013

Menu 1-Bendi Goreng dengan kerang


Tak semua menu adalah hasil airtangan saya sendiri, adakalanya dibeli dan digabung mengikut menu Atkins yang sepatutnya.. Bagi yang buntu nak makan apa. Boleh tengok menu dibawah.



Tuesday, May 14, 2013

Stress Terlampau


Tak perlu stress ketika berdiet, kita cuma perlu NIKMATI DIET tersebut…!! ;)
Jangan anggap diet ini menyusahkan dan kita lakukan ia hanya untuk kurus semata-mata tapi anggap laa ia sebagai SATU PERUBAHAN dalam corak pemakanan kita seharian yang selama ini kurang baik menjadi lebih sihat..! 
Rasanya dah bertahun-tahun kita asyik makan, makan & makan tanpa memikirkan adakah makanan yang dimakan selama ini benar-benar menyihatkan atau tidak, perlu atau tidak sebenarnya makanan tersebut untuk keperluan badan kita.
Jadi apa laa salahnya bermula hari ini kita TAKE ACTION dengan mengubah cara & corak pemakanan seharian kepada lebih baik. Kita lakukan bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri jugak bukan..? /:)

Aku Sudah Bermula


Aku dah bosan..aku dah bosann..bosannn..
kalau ikutkan hati dan perasaan mmg malas sgt dah nak fikir benda2 ni.. apa nak jadi pun jadilah.. tapi memikiokan diri ini milik insan yang masih memerlukan aku dalam hidup mereka.. ewahhh.. aku kuatkan semangat..
 Sebagai permulaan ini ceramah panjang lebar utk diri aku sendiri..

" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"