Sunday, June 09, 2013

Grill ayam rosemary & thyme

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu kecil serbuk lada hitam-ditumbuk lumat
1 sudu besar herba thyme
1 sudu besar herba rosemary
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Olive oil secukupnya
Mentega secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MASAK :
Ayam dibersihkan dan dipotong serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan herba thyme , herba rosemary , bawang putih , lada hitam , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

Panaskan grill pan dan masukkan butter dengan minyak zaiton secukupnya . Bila grill pan dah panas boleh la di letakkan ayam dalam grill pan ni . Tutup grill pan selepas 15 minit pusingkan ayam serta tutup semula grill pan ni , balik-balikkan ayam supaya semua bahagian ayam masak dengan sempurna . Bila ayam dah masak boleh la dibawa keluar dari grill dan dihidang dengan sos black paper serta side dish lain seperti salad dan mash potatoes .


Sis Black Pepper
Bahan2nya :

~ 2 sudu besar butter/marjerin

~ 2 sudu besar tepung gandum (utk memekatkan kuah)
~ 2 cawan fresh milk/ susu cair ( 400 ml )
~ 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
~ 3 @ 4 sudu besar sos botol blackpepper
~ 2 sudu besar kicap ( utk kaler sos lebih gelap)
~ cendawan butang dlm tin (ambik cendawan shj & hiris)
~ seketul kiub pati ayam knorr (aku tak bubuh garam)

Cara2nya :


~ Memula ambik kuali non stick kalau boleh.. kalau takde apa2 kuali pun boleh.. bukak api sederhana je ye..
~ Masukkan 2 sudu butter/marjerin.. bila dah cair masukkan tepung gandum tadi.. kacau rata guna whisker/garfu..
~ Bila dah berbuih2 , masukkan susu.. kacau lagi.. masukkan pulak serbuk blackpepper.. masukkan cendawan butang yg dah di hiris... dalam gambar takde cendawan butang sbb aku lupa nak beli..
~ Pastu masukkan kiub pati ayam knorr seketul, masukkan kicap dan sos botol blackpepper.. kacau sebati semuanya.. kalau suka pekat biarkan sos tu masak lama sikit sampai pekat..
~ Sape yg suka cair2 boleh lebihkan susu sikit kalau agak2 sos tu terlalu pekat.. pandai2 la korang ejas ikut kesukaan korang ye..

No comments:

Post a Comment