Part paling boring dan paling dibenci adalah kantoii.. sape yang tak pernah kantoi.. confirm memang super superb la, tabik spring pada diri anda, aku percaya majoriti ramai yang kantoi.. kantoii bukanlah pokoknya yang aku nak highlightkan tapi utamanya adalah bagaimana cara anda menghadapi kekantoiian ini??
Dalam survey yang dibuat dalam group KDA baru2 ini, ramai yang memberi respond:
1) Alang-alang kantoi, bantai jer terus.. makan lah apa nak makan. Esok start balik
2) Akan menyesal dengan menebus kekantoiian itu dengan meluah kan kembali makanan
3) Ada yang menebusnya dengan melakukan more aktiviti dan senaman sampai terbakar kalori yang diambil.
4) Ahh.. xpe la, esok start balik.. esok..esok dan esok..
5) Ada yang terus berputus asa dan terus menguburkan impian diet.
6) Dan lain2 piil perangai
kantoi..kantoii jugak tapi jangan la sampai berhenti terus kalau gitu sampai ke sudah tak kurus2.. Bukan setakat tak kurus.. orang gemuk ni selalunya ramai tamu yang nk dekat..bukan hantu tapi penyakit..
Oklah di nombor mana pun ada, cubalah sehabis daya usaha untuk relisasikan impian anda, percayalah tiada usaha yang sia2 tanpa hasil.
Bagi aku sendiri, time induction, susah sangat nak setia, selalu kantoii.. kadang2 aku down..rasa putus asa pun ada.. ada masanya aku kuat, ntah la, bila la ku boleh kurus ni..?? time aku kuat, selamat tapi time aku down ni yang takut.. selalunya aku makan tak henggat dunia.. konon protes tp memakan diri.
Aku cuba buat macam plan, plan diet la, diari meal la, plan food apa nak makan , kadang2 tu bersifat sementara. Bila kuat start blk...kesudah tiada penghujung.
No comments:
Post a Comment